Monday, March 14, 2011

SAYUR DAN BUAH-BUAHAN CEGAH PENYAKIT KANSER

Institut Kanser Kebangsaan telah mengenal pasti lebih daripada 35 jenis sayur sayuran dan buah buahan yang mempunyai khasiat mengelak penyakit kanser. Selain mempunyak khasiat seperti vitamin dan kandungan kalori yang rendah, sayur sayuran dan buah buahan ini juga dikenalpasti mengandungi zat antikanser yang jarang diketahui ramai orang.

TEMBIKAI
Dua jenis tembikai iaitu tembikai susu dan cantaloup mengandungi banyak potassium yang baik untuk kesihatan jantung dan mencegah tekanan darah tinggi. Cantaloup kaya dengan kandungan beta karotena dan antioksida yang kuat untuk memerangi penyakit darah dan beberapa jenis kanser.

STRAWBERRI
Sejak dahulu strawberri dikenali sebagai pembasmi penyakit yang paling hebat. Kadar antioksida dalam strawberi yang baik untuk membasmi kanser dikatakan meningkat sehingga 50%. Nutrien yang terkandung dalam strawberii bukan sahaja mudah diserap tubuh tetapi juga kaya dengan antioksida hanya dalam satu porsi yang kecil.

EPAL
Buah epal dapat membatasi pemecahan kolesterol LDL dalam darah dengan berkesan. Kolesterol yang tidak mudah dipecahkan itu tidak akan tersumbat pada pembuluh darah yang boleh menyebabkan sakit jantung. Menurut pakar, dengan memakan dua biji epal sehari, dapat menurunkan kadar kolesterol sehingga 30%.

LOBAK MERAH
Warna oren tua menandakan wujudnya kandungan antioksida karotena yang tinggi dalam lobak merah. Anti oksida karotena boleh mengurangkan kesan sedutan asap rokok dan asap pencemaran yang tersekat pada paru-paru manusia. Kajian yang dijalankan mendapati mereka yang sering makan lobak merah mentah kemungkinan lebih kecil terkena kanser paru-paru. Bagi mereka yang makan lobak merah sebanyak 25g sehari boleh menurunkan kadar kolesterol darah sehinggga 11%.

Sumber : saji 2004

No comments:

Post a Comment