Monday, March 14, 2011

INFO CANTIK DAN SIHAT

VITAMIN F UNTUK SIHAT DAN CANTIK
Selain vitamin A, C dan E yang dikatakan dapat membantu kita untuk menjaga kecantikan, tahukah anda bahawa vitamin F juga mempunyai peranan yang penting kepada kesihatan dan kecantikan. Vitamin F boleh didapati daripada minyak jagung, minyak zaitun, minyak bunga matahari, bijan, sayuran dan juga kekacang. Dari segi kesihatan, ianya berfungsi untuk mempertingkatkan sistem pertumbuhan tubuh, memastikan sistem kekebalan tubuh lebih efektif dan mengawal tahap kolesterol. Manakala dari segi kecantikan pula vitamin F ini dapat menjaga kecantikan kulit agar sentiasa kelihatan awet muda dan sangat baik untuk mencantikkan rambut dan kuku agar sentiasa berkilat.

MELURUSKAN RAMBUT DENGAN PATI SANTAN
Ambil pati santan dari sebiji kelapa dan campurkan dengan 50 ml jus air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti sejuk sehingga atasnya menjadi krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga sejam barulah dibilas hingga bersih. Lakukan 3 x seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

KULIT LICIN , CANTIK DAN HARUM DENGAN LIMAU NIPIS
Cubalah ambil beberapa biji limau nipis dan perah jusnya dengan campuran air suam. Semasa mandi gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insya Allah, kulit akan menjadi carah, licin dan harum.

MAKAN OREN UNTUK TAHAN LAPAR
Kajian dari American College of Nutririon mendapati, terdapat gelatin iaitu sejenis serat di lapisan putih buah oren untuk menahan rasa lapar dalam masa 4 jam! iaitu daripada 69 kalori oren, mengandungi 4 gm serat iaitu 16% yang memang diperlukan tubuh setiap hari. Jadi, jadikanlah sebiji oren ini sebagai permulaan diet seharian anda untuk mengawal rasa lapar.

PULIHKAN KULIT TERBAKAR DENGAN JAGUNG MUDA DAN TOMATO
Selepas bercuti, berkelah dan bermandian di pantai, kulit kita tidak akan mampu menahan pancaran matahari dan uv yang boleh memberi kesan seperti kulit kemerahan, menggelupas seperti hangus dan kering. Apa kata cuba kaedah ini.
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan satu sudu makan madu dan sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.


SUMBER : MAJALAH RASA

No comments:

Post a Comment