Monday, March 14, 2011

SAYUR DAN BUAH-BUAHAN CEGAH PENYAKIT KANSER

Institut Kanser Kebangsaan telah mengenal pasti lebih daripada 35 jenis sayur sayuran dan buah buahan yang mempunyai khasiat mengelak penyakit kanser. Selain mempunyak khasiat seperti vitamin dan kandungan kalori yang rendah, sayur sayuran dan buah buahan ini juga dikenalpasti mengandungi zat antikanser yang jarang diketahui ramai orang.

TEMBIKAI
Dua jenis tembikai iaitu tembikai susu dan cantaloup mengandungi banyak potassium yang baik untuk kesihatan jantung dan mencegah tekanan darah tinggi. Cantaloup kaya dengan kandungan beta karotena dan antioksida yang kuat untuk memerangi penyakit darah dan beberapa jenis kanser.

STRAWBERRI
Sejak dahulu strawberri dikenali sebagai pembasmi penyakit yang paling hebat. Kadar antioksida dalam strawberi yang baik untuk membasmi kanser dikatakan meningkat sehingga 50%. Nutrien yang terkandung dalam strawberii bukan sahaja mudah diserap tubuh tetapi juga kaya dengan antioksida hanya dalam satu porsi yang kecil.

EPAL
Buah epal dapat membatasi pemecahan kolesterol LDL dalam darah dengan berkesan. Kolesterol yang tidak mudah dipecahkan itu tidak akan tersumbat pada pembuluh darah yang boleh menyebabkan sakit jantung. Menurut pakar, dengan memakan dua biji epal sehari, dapat menurunkan kadar kolesterol sehingga 30%.

LOBAK MERAH
Warna oren tua menandakan wujudnya kandungan antioksida karotena yang tinggi dalam lobak merah. Anti oksida karotena boleh mengurangkan kesan sedutan asap rokok dan asap pencemaran yang tersekat pada paru-paru manusia. Kajian yang dijalankan mendapati mereka yang sering makan lobak merah mentah kemungkinan lebih kecil terkena kanser paru-paru. Bagi mereka yang makan lobak merah sebanyak 25g sehari boleh menurunkan kadar kolesterol darah sehinggga 11%.

Sumber : saji 2004

INFO CANTIK DAN SIHAT

VITAMIN F UNTUK SIHAT DAN CANTIK
Selain vitamin A, C dan E yang dikatakan dapat membantu kita untuk menjaga kecantikan, tahukah anda bahawa vitamin F juga mempunyai peranan yang penting kepada kesihatan dan kecantikan. Vitamin F boleh didapati daripada minyak jagung, minyak zaitun, minyak bunga matahari, bijan, sayuran dan juga kekacang. Dari segi kesihatan, ianya berfungsi untuk mempertingkatkan sistem pertumbuhan tubuh, memastikan sistem kekebalan tubuh lebih efektif dan mengawal tahap kolesterol. Manakala dari segi kecantikan pula vitamin F ini dapat menjaga kecantikan kulit agar sentiasa kelihatan awet muda dan sangat baik untuk mencantikkan rambut dan kuku agar sentiasa berkilat.

MELURUSKAN RAMBUT DENGAN PATI SANTAN
Ambil pati santan dari sebiji kelapa dan campurkan dengan 50 ml jus air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti sejuk sehingga atasnya menjadi krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga sejam barulah dibilas hingga bersih. Lakukan 3 x seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

KULIT LICIN , CANTIK DAN HARUM DENGAN LIMAU NIPIS
Cubalah ambil beberapa biji limau nipis dan perah jusnya dengan campuran air suam. Semasa mandi gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insya Allah, kulit akan menjadi carah, licin dan harum.

MAKAN OREN UNTUK TAHAN LAPAR
Kajian dari American College of Nutririon mendapati, terdapat gelatin iaitu sejenis serat di lapisan putih buah oren untuk menahan rasa lapar dalam masa 4 jam! iaitu daripada 69 kalori oren, mengandungi 4 gm serat iaitu 16% yang memang diperlukan tubuh setiap hari. Jadi, jadikanlah sebiji oren ini sebagai permulaan diet seharian anda untuk mengawal rasa lapar.

PULIHKAN KULIT TERBAKAR DENGAN JAGUNG MUDA DAN TOMATO
Selepas bercuti, berkelah dan bermandian di pantai, kulit kita tidak akan mampu menahan pancaran matahari dan uv yang boleh memberi kesan seperti kulit kemerahan, menggelupas seperti hangus dan kering. Apa kata cuba kaedah ini.
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan satu sudu makan madu dan sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.


SUMBER : MAJALAH RASA

Petua

MENYIMPAN BAKI SANTAN AGAR TAHAN LAMA
Jika anda mahukan santan anda tahan lebih lama anda perlulah masukkan santan ke dalam bekas yang bertutup dan masukkan sedikit garam. Tutup bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Insya Allah santan akan tahan lama.


UBI KENTANG TIDAK LEBAM
Ubi kentang yang telah dikupas kulitnya biasanya akan cepat lebam sekiranya tidak dimasak segera. Bagi mengelakkannya anda perlu merendam ke dalam air bersih sehingga mahu digunakan.

TELUR REBUS SENANG DIKUPAS
Telur yang telah direbus direndam ke dalam air. Kemudian barulah dikupas.

MENYIMPAN TAUHU
Tauhu direndam bersama air di dalam sebuah bekas. Masukkan garam. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Beras putih vs beras perang

Secara dasarnya beras boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan warnanya iaitu beras putih dan beras perang. Beras perang lebih mengandungi khasiat berbanding beras putih. Beras yang dimasak rasanya lebih lembut dan teksturnya kenyal dan kandungan seratnya amat tinggi. Beras perang memerlukan masa yang lama sedikit untuk dimasak berbanding beras putih.
Beras boleh dibahagikan kepada empat bentuk yang berbeza mengikut jenis-jenisnya:
Beras panjang
Beras ini boleh didapati dalam jenis putih dan perang. Panjangnya empat kali ganda daripada lebar. Bila dimasak, nasi menjadi berderai, ringan dan lembut.
Beras sederhana panjang
Beras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasinya lembut. Ia boleh didapati daripada kategori beras perang dan putih.
Beras pendek
Bentuknya bulat dan pendek. Bila dimasak, ia akan melekat dan sesuai dijadikan bubur nasi. Ia juga terdiri daripada beras perang dan putih.
Beras kanji
Beras kanji biasanya pendek. Ia sesuai dibuat sushi dan lebih popular di kalangan masyarakat Jepun.

Jenis-Jenis Beras
Daripada bentuk-bentuk beras yang ada, ia kemudian dibahagikan kepada jenis-jenisnya pula. Beras boleh dibahagikan kepda sembilan jenis iaitu:-
Beras Basmati
Beras ini banyak ditanam di Pakistan dan India, juga di Amerika Syarikat, Ia mempunyai aroma yang enak. Bila sudah dimasak, nasinya tidak melekat dan ia berderai. Berasnya juga tidak mudah patah. Sesuai dijadikan nasi beriani, nasi minyak dan nasi bukhari.
Beras Wangi
Beras wangi juga mempunyai keistimewaannya sendiri. Beras jenis ini berbau wangi setelah dimasak dan agak ringan tetapi lembut. Berasnya tidak mudah patah.
Arborio
Beras jenis ini banyak ditanam di Itali. Setelah dimasak, ia melekat antara satu sama lain. Ia memerlukan air yang banyak untuk dimasak kerana ia mengandungi kanji yang agak berlebihan.
Jasmine
Beras ini banyak ditanam di Amerika Syarikat dan Thailand. Berasnya panjang dan lembut setelah dimasak. Beras jenis ini tidak jauh berbeza dengan beras basmati. Ia sesuai dijadikan nasi beriani, nasi minyak dan nasi tomato.
Beras krismas
Beras jenis ini berwarna merah, berkanji, dan nasinya agak mampat.
Beras Mutiara
Teksturnya berkanji sedikit bila dimasak dan beras jenis ini popular di kalangan masyarakat di Jepun, Korea dan China.
Beras Pecan
Baunya seperti bertih jagung dan ia berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat. Kandungan seratnya tinggi dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk dimasak. Beras ini boleh didapati dalam bentuk perang atau putih.
Beras Liar
Beras jenis ini sesuai dijadikan nasi pilaf dan bubur. Beras ini ditanam di California, Idaho, Manitoba dan Ontario, Amerika Syarikat. Ia mengandungi tekstur yang kenyal.
Beras Wehani
Ia terdiri daripada jenis beras perang sahaja. Beras jenis ini juga mempunyai aroma yang wangi.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis beras. Namun ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Beras Siam
Beras yang diimport dari negara jiran ini merupakan beras yang digemari oleh sebahagian masyarakat kita. Beras Siam ini tergolong dalam kategori beras panjang jenis jasmine. Terdapat pelbagai jenis beras Siam yang dijual di negara ini. Beras Siam dikatakan lebih enak dan lembut.
Beras Wangi
Beras jenis ini lebih digemari oleh kaum cina negara ini. Ia terdiri daripada kategori beras panjang dan sederhana, tergolong daripada jenis jasmine.
Beras Basmati
Beras ini diimport dari India dan Pakistan. Beras yang sesuai untuk memasak nasi beriani, tomato dan minyak ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan dan keramaian.
Beras Tempatan
Beras yang ditanam di negara ini terdiri daripada pelbagai gred. Beras tempatan ditanam daripada jenis gred super hinggalah gred beras biasa.
Beras Organik
Beras yang mengandungi khasiat tinggi dan kurang karbohidrat ini juga diimport dari negara luar. Kebanyakan beras organik di negara ini diimport dari Thailand. Kebiasaannya beras jenis ini terdiri daripada beras jenis panjang dan bermutu tinggi.
Beras pulut (putih)
Beras pulut ditanam untuk kegunaan sendiri. Baka beras pulut tempatan adalah beras kacukan pulut sutera dan ria (IR8)
Beras pulut (hitam)
Ia juga ditanam untuk kegunaan sendiri. Ia hanya sesuai dijadikan bubur, tapai dan ketupat. Pulut hitam tempatan adalah daripada baka PH9. Ia banyak ditanam di utara tanahair.
Beras nasi dagang
Beras daripada jenis jasmine ini banyak ditanam di negara Thailand. Beras perang ini juga digolongkan sebagai beras jenis panjang dari jenis Wehani.
Beras perang
Beras perang adalah beras biasa, tetapi ia tidak menjalani proses pembersihan yang sama dengan beras putih. Beras yang berserat tinggi ini baik untuk kesihatan.
Beras merah
Ia juga dikenali sebagai beras bario dan banyak ditanam di tanah tinggi di Sarawak. Beras ini juga sesuai dimakan oleh kanak-kanak kerana ia mempercepatkan pencernaan makanan. Selain itu beras bario juga dikatakan dapat menghindari penyakit barah.

Sumber : Saji April 2004

INFO CANTIK DAN SIHAT

MUZIK BANTU PERNAFASAN BAYI

Muzik boleh membantu bayi bernafas dengan lebih baik. Alunan muzik lembut dan damai seolah-olah mendodoikan mereka . Kajian menunjukkan apabila muzik dipasang menggunakan walkman, paras oksigen di dalam tubuh mereka meningkat.
Kadar degupan jantung dan pernafasan juga hampir normal berbanding 10 bayi yang didodoikan bunyi mesin perubatan dan bunyi lain dalam persekitaran bilik mereka.
Namun ibubapa harus berhati-hati memilih jenis muzik, pengawalan suara tidak betul boleh mengganggu, dan pastikan pemasangan walkman cara betul dan selamat

sumber : majalah jelita

Khasiat Laut Mati Untuk Kecantikan

Sejak Cleopatra menerokai bidang kecantikan menggunakan laut mati, masyarakat mula membanjiri laut ini untuk mendapatkan khasiatnya. Laut sedalam 1,300 kaki dari paras laut ini mengandungi 32 peratus kandungan garam berbanding lautan lain yang hanya mempunyai 4 peratus kandungan garam.
Ia juga kaya bahan perlindungan kulit seperti potasium, kalsium, magnesium bromid, klorin dan sulfat. Mineral ini dapat menyerap ke dalam lapisan epidermis.
Selain itu, ia memberi kesan kepada metabolisme sel dan membantu mengembalikan kelembapan kulit lebih berkesan.

Sumber : majalah jelita