Monday, March 14, 2011

Kentang untuk langsing

Berbadan gemuk memang kurang menarik. Mereka yang berbadan gemuk sanggup melakukan apa saja untuk tampak langsing. Yang pasti, mereka akan mengelakkan makan berlemak kerana dikhuatiri ia akan menambah berat badan.
Tidak ramai tahu sebenarnya ubi kentang juga mampu melangsingkan badan. Caranya ubi kentang dikukus tanpa membuang kulitnya dan dicampurkan dadih. Ia disajikan sebagai diet untuk hidangan tengahari.
Ada juga mmepelbagaikan cara sajiannya dan ada yang makan ubi kentang tanpa mencampur sebarang perasa. Untuk mengelakkan rasa jemu dan menambah kandungan zatnya, ubi kentang juga boleh dicampur krim tanpa lemak, sos keju dan sayuran hijau.

Sumber : majalah jelita

No comments:

Post a Comment